How to:Windows xp installation stuck selepas paparan 34 minit

How to:Windows xp installation stuck selepas paparan 34 minit

saya sudah jatuh hati dengan windows 75 bln yg lalu...

saya sudah jatuh hati dengan windows 7 5 bln yg lalu...huhu

Sekarang saya sedang memasang windows xp sp2 pada computer mercury milik saya along yg telah dipinjamkan kepada saya. Sebelum ini saya pernah cube memasang win xp sp2 pada mercury tp tidak berjaya kerana masalah freezing@stuck pada paparan 34 minit. Walaubagaimanapun dengan sedikit tweak, segalanya boleh diselesaikan.

Kronologi :-

1. Boot CD Win XP.

2. Buat rutin pemasangan win XP macam biasa.

3. Proses installation@ pemasangan WinXP bermula.

4. Proses pemasangan WinXP terhenti@Stuck@freeze pada paparan 34 minutes.

5. PANIK!!! AaaaaaaaaaaaaaAAa… ~ heheh…

Ok, jangan panik.

Apa yang perlu dilakukan ialah :-

1. Pastikan PC sudah melalui proses di atas terlebih dahulu (ini penting utk kenal pasti masalah)

2. Bila PC dah freeze@stuck, keluarkan CD dan reboot(restart) PC.

3. Restart proses installation WinXP tanpa CD. Tunggu sehingga PC prompt minta dimasukkan CD.

4. Jangan masukkan CD tetapi tekan Shift+F10 (command prompt akan dibuka)

5. Pada direktori C:\WINDOWS (sesetengah PC terus ke C:\WINDOWS\system32) taip setupapi.log.(fail notepad akan dibuka)

6. Skrol fail tersebut hingga ke habis kemudian cari(Ctrl+F) “.inf” yang terakhir dalam fail tersebut.~dalam kes saya, fail tersebut ialah atimpab.inf (driver video/graphic card..very old)

7. Take note nama file tersebut. Tutup fail notepad dan pergi ke C:\WINDOWS\INF (taip pada command prompt tadi)

8. Delete fail “.inf” tadi (del atimpab.inf)

9. Tutup Command Prompt dan masukkan semula CD installation WinXP untuk menyambung proses pemasangan Windows XP.

**Jika masih stuck, ulang langkah2 di atas.

Ape sebenarnya yang berlaku.. !??

Sebenarnya masalah ini berlaku bila windows xp gagal menginstall driver utk sesetengah device dalam PC~mungkin kerana device sudah lama dan rosak n etc…

Proses penyelesaian yang saya tuliskan di atas adalah untuk mengenal pasti driver yang bermasalah dan memadam driver tersebut. Setelah fail driver tersebut dipadam, proses Installation WinXP akan skip(melangkau) device tersebut dari diinstall (driver device tidak akan diinstall. Perlu install driver secara manual) dan meneruskan proses2 pemasangan selanjutnya.

Jika terdapat sebarang masalah, boleh hubungi saya di esafaree[@]alumni-hira[dot]org. Insya Allah saya sedia membantu.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment